Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli
Assalamualaikum Waramatullahiwabarokatuh
seperti yang dijanjikan saya akan buat blog 2 mengenai Universiti Malaysia Kelantan. Apa yang saya nak ceritakan adalah mengenai kampus yang saya menuntut iaitu kampus Jeli. Mungkin ramai nak tahu apa yang ada di kampus jeli nih ? apa yang bestnya ? fakulti apa yang ada ? sabaq sat hang akan citer lagi detail.
kampus Jeli merupakan salah satu kampus antara ketiga-tiga kampus yang ada di Universiti Malaysia Kelantan. (Bachok , Pengkalan Chepa, Jeli). macam saya citer pada blog yang lepas , saya merupakan salah seorang student yang study di UMK Kampus Jeli. saya merupakan student ijazah sarjana muda sains gunaan (Geosains) . Masa mula2 dapat tawaran tersebut, saya pon ada rasa teruja dan confuse jugak kampus dia ingatkan dekat bandar kota bharu bila last2 check laaa.... dekat jeli rupanya rasa cam hampa jugak tapi itu tidak menjadi apa2 masalah kerana tak kisah belajar mana2 pun sekalipun tempat itu terpencil kita kena berasa bersyukur. lari sikit tajuk huhu... okay
kampus jeli merupakan kampus di universiti malaysia kelantan yang paling latest sebab apa latest ? sebab kampus nie baru dibuka pada september 2012. Memang saya akui kampus nie masih baru dan kemudahan pon masih berkurangan tapi dari tahun ke tahun banyak perubahan pesat yang ada di kampus nie. sebelum tuh saya ada buat research pasal kampus jeli nie kat blog2 senior kan memang kampus jeli masa batch2 sebelum tuh memang kekurangan dari segi prasarana dan infrastruktur. Tapi bila saya tiba dan menjejakkan kaki ke kampus tersebut pada 1 september 2019 ( ingat lagi tarikh masa register ) memang banyak perubahan yang saya tak terduga .saya masih ingat lagi masa first time datang punyalah jauh hulu kelantan pulak tuh dari KB ke kampus jeli ambik masa 2 jam .
Suasana di kampus jeli memang hening dan pemandangan dikelilingi dengan bukit dan hutan yang sangat cantik dan indah sejuk mata memandang . kalau pada waktu pagi dan petang memang boleh nampak kabus turun dari bukit menghijau itu. sebabtu ada orang setempat gelarkan jeli nie macam jelifornia dan memang pihak universiti menggelarkan "universiti dalam taman hutan" sebagai teras pembagunan kampus jeli . Sesuai pelajar dapat menuntut ilmu dengan mudah dan selesa dengan suasana dan keadaan sebegitu di kampus jeli.
kemudahan dan tempat menarik yang ada di sekitar kampus jeli memang ada so korang kalau nak beli barang keperluan atau nak beriadah & berekreasi jangan risau semua ada. macam contoh kat sebelah kampus jeli ada deretan kedai mcm KFC,kedai basikal, 7 Eleven , kedai 2 ringgit dan kedai runcit . kalau nak lebih sikit pergi bukit bunga pasaraya pantai timur. kalau bertentangan dengan kampus jeli ada pusat rekreasi Lata Keding (kalau nak tahu nie baru dibukak tahun ini ) kalau nak jauh sikit gi Lata Janggut atau gi taman negara gunung stong atau gi tasik pergau . pastu kalau korang nak makan memang banyak pilihan kedai makan siam dan masakan kelantan so x perlu risau nak makan sebab semua dekat2 dengan kampus jeli . kalau korang nak gi jauh pergi ke Tanah Merah (45 minit) dan Kota Bharu (2 jam). banyak hotel2 yang ada dekat kampus jeli nih mcm hotel jeli inn & d'jeli & sarinah hotel
okay next cerita tentang fakulti yang ada di kampus jeli.
di kampus jeli ada 3 fakulti iaitu :
1. Fakulti Sains Bumi (FSB)
- Sains Gunaan (Sains Sumber Asli)
- Sains Gunaan (Sains Kelestarian)
- Sains Gunaan (Geosains)
2. Fakulti Industri Asas Tani (FIAT).
- Sains Gunaan (Sains Penternakan)
- Sains Gunaan (Agroteknologi)
- Sains Gunaan (Jaminan Makanan)
3. Fakulti Bioengineering dan Teknologi (FBKT)
- sains Gunaan (Teknologi Bioindustri)
- sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan)
- sains Gunaan (Teknologi Bahan)
kalau yang intake tahun 2020 nie masuk korang akan tengok banyak bagunan dan tempat baru di kampus tersebut mcm contoh library baru , fakulti sains bumi , dewan serbaguna , pejabat pentadbiran dan taman agropark baru.
kampus ini memang diupgrade dari masa ke semasa dan kampus ini berkembang dengan pesat so berbanggalah korang yang duduk di kampus jeli.
Semua students kampus Jeli akan ditempatkan dalam kampus maknanya tiada yang kena sewa luar kalau nak sewa luar boleh jer secara sukarela . Lelaki akan ditempatkan di Kolej IBS dan di taman pinggiran UMK manakala yang perempuan akan ada tiga kolej kediaman iaitu Blok A, Blok B dan taman Pinggiran UMK. Kolej IBS dan taman Pinggiran umk agak jauh dari fakulti kalau jalan kaki dalam 10 – 20 minit. yang duduk Blok A dan B tu betul2 depan fakulti jalan kaki tak sampai 5 minit pon . So memang digalakkan untuk membeli basikal atau motor( beli kat kedai basikal sebelah KFC) , kalau kereta hanya dibenarkan untuk pelajar tahun 3 dan 4 (ada jer yang tahun 1 dan 2 bawak tapi pandai2 koranglah nak manage camane).
So yang nak pakai kereta bolehlah sewa kereta di koop atau di luar (sila pilih betul2 ya dan ambil gambar sebelum menggunakan kereta tersebut sebagai bukti sekiranya dituduh mencalarkan atau merosakkan kereta tersebut). Dalam kampus ni ada J-Mart (tempat beli belah makanan dan barang gunaan harian) dan Koop fotostate dan kedai buku sebelah J-Mart *baru buka & tak ingat nama (alat tulis, printing, fotostate) sebagai alternatif kalau tak nak keluar dari kampus kononnya huhu .
Bila masuk saja kampus ni korang akan nampak rumah tamu yang tersergam besar kat depan tu and masjid besar dibelakangnya lepastu korang akan nampak tasik bersebelahan rumah tamu . kemudian korang akan nampak padang menghijau, court futsal, court tennis, court bola jaring , court Petanque dan open gym so kalau petang2 bosan takde class boleh lah beriadah. dan korang akan nampak dewan besar dan dewan kecik sebelahnya. Di depan simpang 3 depan dewan besar tersebut ada signboard tulisan " I ♥ UMK Jeli Campus " bolehlah korang berselfie & bergambar sebagai kenang kenangan cehh wah. Kalau terus lagi akan menuju ke Kolej IBS (untuk lelaki) dan sebelah IBS merupakan pejabat pentadbiran baru UMK jeli. kalau jalan terus lagi ada bagunan Fakulti Sains Bumi dan pepustakaan baru UMK kampus jeli di sebelahnya ada jalan yang x berturap gi taman agropark baru.
Sebelah dewan tu ada dua bangunan fakulti, yang dua tingkat warna merah di panggil sebagai BAP (Bangunan Akademik) dan lagi satu tiga tingkat dipanggil bangunan fakulti yang menempatkan fakulti FIAT dan FBKT . Dekat dua2 bangunan ni ada bilik lecturer, kelas dan lab. Berdekatan dengan bangunan fakulti ada dua blok kediaman iaitu blok A dan B (untuk perempuan). cafe pulak berada ditengah2 blok A dan B. so korang nak makan atau mengeteh bolehlah gi sana cuma ada 3 kedai makan jer kecik jer huhu. kalau nak gi klinik kesihatan dia ada di dalam blok A so tak perlu risau kalau sakit ke apa x yah gi jauh2 nk dapatkan rawatan atau ubat . kalau jalan ke hujung ada jambatan besi nak ke fakulti sains bumi dan melalui jalan ini akan melalui taman agropark lama di situ ada kawasan penternakan lembu so hati2 lah ketika berjalan kot2 ada terpijak tahi lembu naya jer lepas nih. itulah salah satu jalan shortcut nak ke fakulti sains bumi kalau ikut jalan depan memang jauh gila .
Taman pinggiran UMK pula ada di luar kampus dan ada jalan dia nak menuju ke sana selepas lepasi pintu gate belakang . saya duduk di taman pinggiran masa 2 sem yang lepas memang asrama tak ubah seperti rumah sewa teres dua tingkat so memang rasa selesa jugak diberi tempat tinggal mcm tuh syukur sangat dan lagi satu dia lagi open sikit berbanding duduk dalam kampus.
setakat tu jelah citernya kalau ada update apa2 nanti saya update blog nie dari masa ke semasa.
Assalamualaikum. Boleh tak cerita sikit pasal course geosains ni?
ReplyDelete