Ada apa dekat Universiti Malaysia Kelantan ?
Ada apa dekat Universiti Malaysia Kelantan ?
assalamualaikum warabatullahiwabarokatuh
untuk my first blog aku , aku ingin menceritakan serba sedikit tentang yang nak tahu pasal Universiti Malaysia Kelantan aka UMK
okay....... since aku terperap dalam rumah selama 2 tahun eh... 2 bulan disebabkan PKP angkara virus corona yang durjana nie aku memang pishang tak tau nak buat apa so aku pon jinak2 skit nak tulis blog pasal apa yang menarik tentang Universiti Malaysia Kelantan so manalah tahu adik2 yang akan berpeluang melanjutkan belajar di UMK nih. At least adik2 tahulah camane UMK nie rupanya takderlah korang terkejut beruk . serius abang nak cakap abang pun terkejut setelah abang dapat ditawarkan kat UMK nie yelah uni baru nak up kan (padahal x pernah dengar) huhu....
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
okay first thing first Universiti Malaysia Kelantan nie merupakan universiti yang paling latest untuk IPTA dan merupakan universiti under kerajaan yang ke-19 di Malaysia .
universiti nie ditubuhkan pada tahun 2007 so dah kira 13 tahun dah lah UMK ditubuhkan hehe... baru setahun jagung uni okay
apa yang uniknya UMK nih falsafah kurikulum pengajian di Universiti Malaysia Kelantan berteraskan keusahawanan dan perusahaan dalam semua program pengajian so mana2
adik yang memang berminat nak jadi usahawan dan perusahaan atau masa maksud dengannya abang rekomen masuk di UMK nih seyes kalau korang masuk memang dari sem 1 first year dah didedahkan dengan subjek keusahawanan.
owh..... lupa plak tagline UMK nih adalah "Entrepreneurship is Our Thrust"(Keusahawanan Teras Kami) dan"Entrepreneurial University"(Universiti Keusahawanan). Teringat plak lagi huhu.... tagline universiti malaysia kelantan #relevan #unik #berbeza melambangkan Universiti Malaysia Kelantan itu tersendiri malah apa yang dihasratkan oleh naib canselor nak menjadikan UMK nih sebuah universiti keusahawanan no 1 di malaysia menjelang tahun 2023, di Asean 2026 dan asia 2030. so tanpa membuang masa lagi meh saya cerita lagi uni nih ceh semangat nak citer nih huhu...
Universiti malaysia kelantan ada 3 buah kampus ;
- Kampus Bachok
- Kampus Kota (Pengkalan Chepa)
- Kampus Jeli
ketiga-tiga kampus semuanya lokasi yang lain jajahan ( kelantan kan dipanggil jajahan bukan daerah yer). ketiga2 kampus tersebut mempunyai fasiliti dan kemudahan infrastruktur iaitu :
- Asrama
- pepustakaan
- pejabat
- pondok bas
- klinik atau pusat kesihatan
- Kemudahan sukan dan rekreasi
- Cafeteria
- Surau atau masjid
- pondok sekuriti
- makmal komputer
- pusat kauseling
- Dewan serbaguna
- wifi wireless
- dewan kuliah
- bilik kuliah
- makmal sains
Biology Lab
Chemistry Lab
Materials Science Lab
Food Lab
Environmental Lab
Geoscience Lab
Mineralogy Lab
Husbandry Lab
Natural Resources Lab
- pusat pengajian bahasa dan pembagunan insaniah
- spa lab
- Student Enterprise Centre
- Student Activity Rooms
- Studios
- Pejabat Canselori
- Registrar's Department
- Division of Academic Affairs
- Bursary
- Department of Information & Communication Technology
- Department of Infra & Services Development
- Centre for Language Studies & Generic Development (PPBPI)
- Institute of Small & Medium Enterprises (ISME)
- Centre for Academic Development & Management (PPPA)
- Corporate Relations Centre
di universiti malaysia kelantan mempunyai 8 fakulti iaitu:
- Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
- Fakulti Perubatan Veterinar
- Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
- Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
- Fakulti Seni Bina dan Ekistik
- Fakulti Industri Asas Tani
- Fakulti Sains Bumi
- Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi
kalau nak diikutkan setiap kampus di universiti malaysia kelantan mempunyai fakulti dan tersendiri seperti :
kampus kota
- Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
- Fakulti Perubatan Veterinar
- Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan
kampus Bachok
- Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
- Fakulti Seni Bina dan Ekistik
kampus Jeli
- Fakulti Industri Asas Tani
- Fakulti Sains Bumi
- Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi
jika korang dapat tawaran course2 yang ada di UMK nie makesure korang tengok kampusnya dulu sebab aku pon excited dan confuse jgak kampus dia
ingatkan dekat bandar kota bharu bila last2 check laaa.... dekat jeli rupanya rasa cam hampa jugak tapi itu tidak menjadi apa2 masalah kerana tak kisah belajar mana2 pun sekalipun tempat itu terpencil kita berasa bersyukur. Ramai yang kata kelantan nie mundur dan ketinggalan dalam pembagunan tetapi dengan adanya universiti ini akan merancakkan pembagunan setempat misalnya seperti UMK kampus jeli, ramai yang kata tempat jin bertandang, hutan dan sebagainya tapi ia menjadikan jeli famous dan dikenali oleh orang ramai nanti saya akan buat blog khas tentang UMK kampus jeli since saya merupakan salah seorang student di UMK jeli nih huhu.....
amacam ok tak explanation tadi so sebenarnya nak cerita lagi panjang lebar ketiga2 kampus nih tapi untuk blog yang akan datang. so apa2 update dan info nanti saya update masa ke semasa
P.S maaflah kalau ada kesilapan ke apa sebab baru first time tulis blog huhu
Comments
Post a Comment